iRunding Sebuah Portal Perundingan Pintar Pertama di Malaysia
Terma & Syarat iRunding

Etika

Semua pengguna yang menggunakan sistem boleh membeli dan menggunakan sistem ini selagi mana ia tidak menjejaskan etika penggunaan internet.

Kebenaran Pihak Pengurusan

Pengguna tidak boleh membuat sebarang pengiklanan atau hebahan umum melalui modul-modul yang ada kecuali dengan kebenaran pihak pengurusan I-Consultancy Sdn Bhd.

Tuntutan Kerosakan

Pengguna tidak berhak membuat sebarang tuduhan kepada sistem dan terhadapat I-Consultancy Sdn Bhd atas sebarang kerosakan yang berlaku sekiranya melayari laman ini.

Tanggungjawab Pihak Pengurusan

Pihak pengurusan bertanggungjawab dengan pengeluaran fakta yang terdapat pada sistem namun pihak pengurusan tidak bertanggungjawab atas kesan yang berlaku bagi semua artikel atau bahan yang dikeluarkan secara fizikal atau mental.

Perunding

Perunding yang dilantik adalah orang yang bertauliah dan berkelayakan. Pengguna tidak berhak untuk membuat tuntutan saman atau menuntut gantirugi hasil daripada kenyataan yang diberikan oleh perunding yang dilantik. Pengguna hanya berhak untuk melaporkan kepada kami jika terdapat sebarang komen dan ketidakpuasan hati untuk pembetulan, penjelasan dan / atau tindakan yang lain.

Rujukan Hukum

Sumber rujukan dalam sistem ini adalah berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah serta kitab-kitab muktabar dan berdasarkan aliran Mazhab Syafie.

Kad Prabayar

Kad prabayar yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar ke dalam bentuk tunai. Pengguna hanya boleh menggunakan kad tersebut untuk memasukkan nilai prabayar ke dalam akaun iRunding.