iRunding Sebuah Portal Perundingan Pintar Pertama di Malaysia

Modul Soaljawab ini merupakan satu inovasi yang memberikan pilihan kepada pengguna yang ingin mendapatkan bantuan perundingan daripada perunding kami dengan mengajukan persoalan atau permasalahan kepada perunding secara online. Keistimewaan Modul Soaljawab ini juga ialah pengguna boleh memilih kaedah untuk menghantar persoalan atau permasalahan kepada perunding kami samada melalui teks, rakaman video secara online atau rakaman suara. Selanjutnya perunding kami akan menjawab persoalan tersebut mengikut kaedah yang dipilih oleh pengguna dengan kadar yang segera. Untuk menggunakan sistem ini, anda hanya perlu mendaftar untuk mendapat akses kepada sistem. Kemudian anda boleh mengisi akaun anda dengan nilai minimum RM10 untuk membolehkan anda menggunakan sistem. Penggunaan modul ini akan dikena caj RM 4 seminit bagi rakaman video, RM 2 seminit bagi rakaman audio dan RM 0.50 bagi setiap 1 hingga 100 karekter bagi soalan teks.