iRunding Sebuah Portal Perundingan Pintar Pertama di Malaysia

Chatting dalam iRunding adalah satu inovasi kaedah rundingcara yang membolehkan pengguna berinteraksi secara langsung dengan perunding kami tanpa batasan waktu dan tempat. Melalui kaedah ini, pengguna akan dapat meleraikan kebuntuan dan kekusutan mereka secara mudah, cepat, berkesan dan meyakinkan. Untuk menggunakan sistem ini, anda hanya perlu mendaftar untuk mendapat akses kepada sistem. Kemudian anda boleh mengisi akaun anda dengan nilai minimum RM10 untuk membolehkan anda menggunakan sistem. Penggunaan sistem ini akan dicaj 5 sen bagi setiap penghantaran chat.